1 Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan
As - Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :
Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.
Hadith ini adalah Maudhu'
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya
Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah dilihatnya
Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517
2 Kelebihan berpuasa di bulan Rejab
Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .
Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah
Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.
Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk
Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524
Kelebihan Bulan Rejab
"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
Friday, July 10, 2009
Tuesday, February 26, 2008
Jadual Kuliah utk bulan Mac 2008
Berikut diumumkan jadual kuliah utk surau taman dindings
Untuk jemaah wanita
5 Mac/27 Safar dan 19Mac/11R'awal, jam 3.00 ptg
Penceramah: Ustazah Sarah, Topik: Sejarah/Semasa
Selepas solat Maghrib
6 Mac/28 Safar, Penceramah: Ustaz Baharuddin, Topik: Hadith
12 Mac/4 R'awal, Penceramah: Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, Topik: Infaq
20 Mac/12 R'awal, Penceramah: Ustaz Baharuddin, Topik: Hadith
22 Mac/14 R'awal, Penceramah: Ustaz Rodhi, Topik: Tafsir
30 Mac/22 R'awal, Penceramah: Ustaz Yusuf Yaakob, Topik: Tafsir
Dijemput semua penduduk Ayer Tawar dan Sg Wangi ke kuliah yang diadakan mengikut jadual.
Untuk jemaah wanita
5 Mac/27 Safar dan 19Mac/11R'awal, jam 3.00 ptg
Penceramah: Ustazah Sarah, Topik: Sejarah/Semasa
Selepas solat Maghrib
6 Mac/28 Safar, Penceramah: Ustaz Baharuddin, Topik: Hadith
12 Mac/4 R'awal, Penceramah: Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, Topik: Infaq
20 Mac/12 R'awal, Penceramah: Ustaz Baharuddin, Topik: Hadith
22 Mac/14 R'awal, Penceramah: Ustaz Rodhi, Topik: Tafsir
30 Mac/22 R'awal, Penceramah: Ustaz Yusuf Yaakob, Topik: Tafsir
Dijemput semua penduduk Ayer Tawar dan Sg Wangi ke kuliah yang diadakan mengikut jadual.
Sunday, February 24, 2008
Majlis Pertemuan Pegawai Daerah dengan qariah surau
Majlis pertemuan Tuan Pengawai Daerah Manjung, Yang Berbahagia Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Said bersama qariah Surau Al-Rahmaniah Taman Dindings telah berlangsung pada 19 Februari 2008. Majlis tersebut turut di hadiri bersama Tuan Haji Md Salleh bin Haji Muruni, PPPLD, Drs. Azizan Ismail PTA.
Isu yang dibincangkan didalam majlis tersebut ialah hak milik tanah Surau ini dan Surau Insaniah (surau Mazhab Hanafi) dimana jawatankuasa bertindak Surau Insaniah telah hadir sama.
Status tanah Surau Al-Rahmaniah masih lagi berstatus tanah lapang. Sejak Surau ini diwujudkan pada tahun 1981, permohonan telah dibuat untuk ditukar status tanah tersebut namun tiada tindakan dari pihak Pejabat Daerah Manjung. Namun hari ini pihak ajk amat berbesar hati apabila Tuan Haji Abu Bakar memberi jaminan akan melakukan segala daya upaya beliau. Surau Insaniah tidak mempunyai sebarang masalah status tanah dan kelulusan akan dikaji oleh pihak beliau.
Isu yang dibincangkan didalam majlis tersebut ialah hak milik tanah Surau ini dan Surau Insaniah (surau Mazhab Hanafi) dimana jawatankuasa bertindak Surau Insaniah telah hadir sama.
Status tanah Surau Al-Rahmaniah masih lagi berstatus tanah lapang. Sejak Surau ini diwujudkan pada tahun 1981, permohonan telah dibuat untuk ditukar status tanah tersebut namun tiada tindakan dari pihak Pejabat Daerah Manjung. Namun hari ini pihak ajk amat berbesar hati apabila Tuan Haji Abu Bakar memberi jaminan akan melakukan segala daya upaya beliau. Surau Insaniah tidak mempunyai sebarang masalah status tanah dan kelulusan akan dikaji oleh pihak beliau.
Mesyuarat ke-2 Jawatankuasa Surau
Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Rahmaniah yg kedua akan diadakan pada 14 Februari / 7 Safar, hari Khamis. Waktu mesyuarat adalah selepas Maghrib.
Jadual Kuliah utk bulan Februari 2008
Jadual kuliah agama utk bulan Februari 2008 adalah seperti berikut:
7/2 - Ustaz Baharuddin, selepas solat Maghrib.
13/2 - Ceramah utk kaum wanita, selepas solat Asar.
13/2 - Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, selepas solat Maghrib.
20/2 - Ceramah utk kaum wanita, selepas solat Asar.
21/2 - Ustaz Baharuddin, selepas solat Maghrib.
29/2 - Ustaz Yusuf, selepas solat Maghrib.
7/2 - Ustaz Baharuddin, selepas solat Maghrib.
13/2 - Ceramah utk kaum wanita, selepas solat Asar.
13/2 - Ustaz Wan Ahmad Tarmizi, selepas solat Maghrib.
20/2 - Ceramah utk kaum wanita, selepas solat Asar.
21/2 - Ustaz Baharuddin, selepas solat Maghrib.
29/2 - Ustaz Yusuf, selepas solat Maghrib.
Subscribe to:
Posts (Atom)